nuffnang gadget

Nuffnang Addsense

anybody interested, just click on it to Follow by Email

Tuesday, May 12, 2009

perak kini..jadi mainan pendengki

ana tak bermaksud hendak mengajak atau menganjur mana-mana pihak bergaduh tapi ana galakkan sangat umat ISLAM Malaysia berfikir dan bangkit..cukuplah dengan wang rasuah, judi dan maksiat yang bermaharajalela hari ini dek pemimpin sendiri..disini ana berkenan memetik teks di dalam harakah daily:


"KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).
Iklan

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.

Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat."

HARI IBU..



SELAMAT HARI IBU BUATMU UMMI TERSAYANG

THANKS 4 U UMMI..
DIATAS DIDIKAN DAN BIMBINGAN UMMI DALAM MEMBESARKAN DAN MENDIDIK ANAKMU INI HINGGA MENJADI INSAN YANG BERGUNA DAN TAAT PADA PERINTAH-NYA...MOGA DITEMPATKANMU DI SYURGA FIRDAUSI KELAK N MG UMMI SIHAT-SIHAT SELALU..
SAYANG UMMI...TP HARI IBU BUKAN SEMATA-MATA 10MEI TAPI HARI-HARI DALAM HIDUPKU ADALAH HARI UNTUKMU IBU YANG AKAN KU PENUHI DENGAN KEGEMBIRAAN


namun,ana masih sedih kerana masih ada anak muda hari ini yang tidak mengendahkan ibu bapa mereka. sekarang ni ana sedang kutip pengalaman sambil tunggu UPU, ana kna ganti ustazah pengajian Islam bersalin..seronok..tp ana sedih bila ana selitkan ibu bapa dan menghargai jasa ibu bapa...pelajar2 ni tidak merasa apa2..malahan ana yang diperli...mereka sengaja sebut.."sedihnya crita ustazah..ish3,sedihnya."ana tak rasa nak marah bila mereka jawab begitu tapi ana kesian pada mereka kerana disini kita dapat lihat kurangnya kasih sayang ibu bapa mereka dalam membimbing mereka...mengajar ni bukan senang dan semudah yang disangka.ilmu,kemahiran dan kesabaran yang tinggi perlu dimiliki..
ana kagum dengan ummi dan abi yang dapat membimbing ana dan adik-adik hingga berjaya dan dapat melahirkan pula anak-anak watan yang cemerlang akhlak dan peribadi..ana baru 2minggu disini..pelbagai ragam yg ana dah dapat lihat..tp ana mkin seronok dan makin sayang pada mereka...hakikatnya..mereka perlukan kasih sayang dan perhatian.. apabila mereka tidak kecapi dirumah maka di sekolah, mereka akan berusaha dengan walau apa cara sekalipun untuk mendapatkan perhatian dari kawan2 dan guru..unik kan?tapi inilah hakikat kehidupan...pengalaman bekrja dengan orang yang jauh lebih berpengalaman banyak memberikan input baru pada ana..terima kasih pd PPD PERAK n SMK SAYONG krana sudi menerima ana..ana doakan kejayaan cemerlang untuk anak2 murid ana dalam exm tengah tahun ni..

terima kasih..datang lagi


inna solati..wa nusuki..


coretan rinduku

Labels

SMILE

Life's Too Short
Grab a Funny Picture from pYzam.com

Search This Blog