nuffnang gadget

Nuffnang Addsense

Monday, June 1, 2009

borak: KEMELUT POLITIK DI PERAK



meh kita bincangkan sama-sama...
ana amat harapkan komen n pendapat dari sahabat dan pembaca..
kalu difikir..dah tak tahu pe nak jadi dengan negeri tempat kelahiranku..
negeri kesayanganku..PERAK DARUL RIDZUAN..
dari raja hingga rakyat..suma dah jadi isu..
yg asalnya cuma..PAKATAN RAKYAT BERJAYA RAMPAS KEPIMPINAN DI PERAK..
sedangkan BN tak dapat terima..hinggakan wakil rakyat dibeli..speaker dilantik suka hati..akhirnya? BN menang di mahkamah Rayuan...bla Dato' Seri Ir. Nizar nak naikkan perbicaraan ke mahkamah Persekutuan..mahkamah Rayuan pulak tak nak keluarkan surat hitam putih(bukti untuk di bawa ke mahkamah Persekutuan)...
jom kita borak saja2 hal ni..

KEMBARA KE EVEREST


gambar beliau semasa di LANGKAWI..yg pakai baju hijau tua tu

Perjalanan yang jauh dan sukar dijangkau dek fikiran, disitu jugalah dapat dilihat betapa Agung-Nya ciptaan Allah. Indah tiada tandingannya. Satu misi untuk menuju ke puncak sentiasa menjadi impian untuk digapai oleh para pendaki. Semalam, pakcik ana, En. Abdul Rahman bin Abdullah telah meneruskan memulaan kembara beliau seaai salah seorang pendaki yang terpilih untuk mendaki gunung Everest. Beliau bertolak ke KLIA dari lapangan terbang di Pengkalan Chepa..ana tak ingat pulak nama airport. Siapa sangka, cepat sangat tarikh 27 Mei 2009 akhirnya sampai. Kaum keluarga menghantar dengan pnuh harapan dan semangat agar beliau dapat sampai ke puncak n pulang kembali dengan selamat. Beliau ialah pakcik yang terlalu rapat dengan ana, banyak bagi semangat dan dorongan. Ana harap para pembaca dapat doakan keselamatan beliau disana jua, selamat peri dan selamat kembali ke negeri kelantan ni kembali.


Seingat ana sdah dekat berapa puluh gunung at Malaysia ni dah beliau daki. Sebut jek gunung mana n disitulah dia berjaya sampai ke pucak. Walaupun kalau nak compare ngan umur beliau yang sekitar 50-an, umur yang 20-30-an pun boleh kalah dengan beliau. Mana taknya, nak nek gunung bukan semudah jangkauan minda, tapi perlukan azam yang tinggi, semangat yang kental dan tidak mudah putus asa. Gunung Everest ialah gunung yg tertingi di dunia. “the highest mountain in the world”.

Macam-macam cerita yg ana dengar dari pengalaman beliau ke sana ke mari. Yang paling ana teruja cerita semasa beliau pergi mendaki di gunung pe ntah dekat indonesia hari tu. (yg pasti gunung itu gunung berapi pendam dan bila-bila masa ia boleh meletuskan lavanya yg panas)… nanti dah ingat aa buh..dahsyat kan?…kata beliau, lebih kurang beberapa hari sahaja lagi hendak sampai ke bahagian lava, cuaca kurang memuaskan, kabus tebal mula memenuhi ruangan langit, angin agak kencang. Tiba-tiba, “weh tolong aku, sahabat beliau kelihatan tergantung-gantung di pada sebiji batu. Suma kalut, ada yg cari port yg sesuai untuk tarik sahabat yg nak jatuh ni. Syukurlah suma selamat, tapi cuaca masih merisaukan. Andai hujan turun, tidak mustahil kesemua mereka akan mati kerana tergelincir. Struktur gunung yang tidak sekata dan curam dah tarik ramai nyawa yang terkorban. Mereka mula menyusun strategi, masing masing mula mencari port yg strategik dan akhirnya mereka solat hajat. Awan tebal semakin memenuhi ruang atas langit namun dirasakan seperti diatas kepala. Mereka berhajat sungguh-sungguh pada Allah semoga dimudahkan perjalanan mereka ke puncak, doa dipanjatkan sepenuh hati agar mereka terselamat dari musibah. Sesudah solat hajat beberapa rakaat, mereka takbir bersama-sama, semakin banyak dan semakin kuat laungan masing-masing, tersa seperti hendak pergi berperang. Suara mereka melaungkan “ALLAHUAKBAR” ibarat kedengaran di hampir setiap lapisan gunung. Dengan izin dan kuasa Allah akhirnya beliau dan rakan-rakan dapat sampi ke puncak. Gelodak lava yg dapat dilihat dari atas dirasakan seperti seiring dengan debaran yg telah mereka harungi. ALLAH ITU MAHA KUASA, hanya pada-Nya tempat kita mengadu dan mohon pengharapan.



ana harap pembaca dapat sama-sama doakan keselamatan beliau sampai ke puncak n kembali semula

terima kasih..datang lagi


inna solati..wa nusuki..


FRIENDS

coretan rinduku

Labels

SMILE

Life's Too Short
Grab a Funny Picture from pYzam.com

Search This Blog