nuffnang gadget

Nuffnang Addsense

Thursday, June 18, 2009

TAHNIAH


CONGRATULATION U KAWAN2 YG DAPAT RESULT CEMERLANG..
JOM PI KONVOKESYEN UDM...PD 14-16/7/2009..

kepulangan yg dinanti





tanggal 13 JUN 2009.pulanglah pendaki everest yg mewakili kerajaan negeri kelantan..
semua sabar menanti kepulangan wira, penyejuk hati..si ibu menunggu tiada tererti..







sibuk mengangkat barang masing2...
sampai tak sedar wartawan duk tunggu kat belakang..






masing2 bersemangat dan bersyukur telah sampai ke tanah air..walaupun pergi ber enam tp hanya 3 orang yg mampu sampai ke puncak..tp kita kagum dengan semangat mereka..hehe,yg sampai kat puncak pun bukan yg muda..kata mereka..
.












Monday, June 15, 2009

CIKGU..inilah anak muridmu




Selamat kembali ke sekolah anak-anak muridku sayang n all malaysian student’s…What a long time I cannot type my idea here..hehe..maaf banyak-banyak sebab duk isu yg sama..kali ni ana da masa skit..letih betul n liat betul rasanya nak habiskan cek kertas budak..memang perlukan masa yg lama..agak-agak macam manala orang yg blh ambik upah jadi pemeriksa kertas..bkan senang,nak kena ambik masa yg sesuai..mood okay..kalu tak..habislah budak..mana taknya..??? asal salah skit dari skema salah..xda markah la jawabnya..jadi kalu sapa2 yg teringin nak jdi guru tu..kena la banyak2 bersabar…n yg penting..pe yg kta sampaikan difahami..n diingati dengan mudah.bak kata orang..nak mengajar ni kna banyak2 belajar dlu..yelah..n ilmu yg paling penting perlu dipelajari..

1-tahap kesabaran yg tinggi..
2-macammana anak murid aku nak cepat cath-up pe yg diajar n lambat lupa..

Macam masa lepas SPM dlu..ana bka tusyen u anak-anak kg sek ren..hari ke-3 dah mula tunjuk belang nakal mereka..kejap2 nak kuar minta beli aiskrim..erm,tak pe lgi..ana bagi..tp mana ktegasan kta?nak marah anak orang..tambah2 saudara mara sdn pun ada..lagipun, nanti pe orang kta..baru level SPM nak marah2 orang..jd?resolusinya..hari ke-4..no out when enter..u understand?its mean..tak leh dah nak kuar2,nak tau caranya? Ana wat sdn ais krim n keropok2..kalu diorang nak beli..beli ngan ana..hehe.padahal stp kali habis kelas.saya akan jamu diorang tp bla dah tabiatnya membeli..gitula..akhirnya..latihan diorang sapkan n bla da yg sa ngusik..sy duk je sebelah dia..

Tp bla ngajar kat PASTI lain plak gayanya…deme ni takreti nak membeli..tp duit2 yg dibawa..akan masuk dalam tabung mereka sdn n bla dah akhir tahun..jum. tabung paling banyak akan dapat hadiah..nak ngajar kanak2 memang feveret ana..n dari dlu lagi budak2 mudah terlekat ngn ana..(perasan je)..mgkin ana suka layan celoteh diorang..tp memang best pun tau..stp kali masa rehat ana kna prepare makanan, mcm masak mihun,nasi goreng..air n roti pun da gak..time saat yg paling tak lupa bla letih2 blajar ABC n IQRA’..ana akan selitkan nyanyian untuk diorang hafal..just a kid song..malam sebelum tu ana na hafal dlu lagu2 tu,song by myslf..kna fkir2 gaya2 yg sesuai jga u mrea mudah ingat…bnyak bkti mmbuktikan minda kta mudah terangsang with song..ingatan akan lebih cekap..tp sebagai ibu bapa@guru kita kna pilih lagi yg berfaedah…like..anak nabi kita ada 7 orang, 25 malaikat, little indian, 1 labah-labah baru panjat perigi…juz 4 two days they can remember it fluently..what a wonderful memory

Now , not for kindergarten, not 4 primary school but I’m teaching at secondary school…what a special memory I got here..they’re in form 1,3 n 4..so much knowledge n memory that I get from the 1st time I was thre..i’ll not share it now..maybe after I finish it..thanks so uch 4 read..ana tak bermaksug nak suka2 tulis story mory nie..Cuma ana nak buka minda pembaca, betapa sukar nak mendidik..pernahkah kita hargai pengorbanan guru2 kta dlu..u mendidik..bukan guru di sekolah penyandang utama tp ibu bapa di rumah adalah tunggaknya..
Anak2 murid ana yg merokok..ada dari darjah 6 lagi berpunca dari ayah n abangnya yg merokok..mereka sanggup pekena 1,2 batang rokok di lorong2 sebelum ke sekolah..ada juga yg nakal di sekolah kerana sering di sepak n terajang di rumah..banyak lagi pengalaman anak-anak muridku yg sudi mereka kogsi..

Sebagai guru…rotan dan denda bukan penyelesaian..sebagai ibu bapa tengling,herdik,hina..di compare pulak dengan anak orang yg lebih baik..boleh merosakkan..terpkan nilai agama dan kasih sayang itulah penyelamat remaja.mereka perlukan perhatian..cubalah selami..terapkan Al-Quran di hati…

HERE, I WOULD LIKE TO SEND SPECIAL THANKS DEDICATED TO ALL MY TEACHER’S AND LECTURER AT MY EX-SCHOOL N COLLEGE:
1.PASTI BUKIT CHANDAN,K.KANGSAR
2.SEK.REN.ISLAM AL-FURQAN
3.SEK.KEB.BT 9 CHERAS n SEK.AGAMA BT.9
4.SEK.REN ISLAM AL-AMIN,BANGI
5. SEK.REN ISLAM AL-HIDAYAH, SKUDAI,JOHOR
6.MAAHAD MUHAMMADI (P)KOTA BHARU
7.UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA

Monday, June 1, 2009

borak: KEMELUT POLITIK DI PERAK



meh kita bincangkan sama-sama...
ana amat harapkan komen n pendapat dari sahabat dan pembaca..
kalu difikir..dah tak tahu pe nak jadi dengan negeri tempat kelahiranku..
negeri kesayanganku..PERAK DARUL RIDZUAN..
dari raja hingga rakyat..suma dah jadi isu..
yg asalnya cuma..PAKATAN RAKYAT BERJAYA RAMPAS KEPIMPINAN DI PERAK..
sedangkan BN tak dapat terima..hinggakan wakil rakyat dibeli..speaker dilantik suka hati..akhirnya? BN menang di mahkamah Rayuan...bla Dato' Seri Ir. Nizar nak naikkan perbicaraan ke mahkamah Persekutuan..mahkamah Rayuan pulak tak nak keluarkan surat hitam putih(bukti untuk di bawa ke mahkamah Persekutuan)...
jom kita borak saja2 hal ni..

KEMBARA KE EVEREST


gambar beliau semasa di LANGKAWI..yg pakai baju hijau tua tu

Perjalanan yang jauh dan sukar dijangkau dek fikiran, disitu jugalah dapat dilihat betapa Agung-Nya ciptaan Allah. Indah tiada tandingannya. Satu misi untuk menuju ke puncak sentiasa menjadi impian untuk digapai oleh para pendaki. Semalam, pakcik ana, En. Abdul Rahman bin Abdullah telah meneruskan memulaan kembara beliau seaai salah seorang pendaki yang terpilih untuk mendaki gunung Everest. Beliau bertolak ke KLIA dari lapangan terbang di Pengkalan Chepa..ana tak ingat pulak nama airport. Siapa sangka, cepat sangat tarikh 27 Mei 2009 akhirnya sampai. Kaum keluarga menghantar dengan pnuh harapan dan semangat agar beliau dapat sampai ke puncak n pulang kembali dengan selamat. Beliau ialah pakcik yang terlalu rapat dengan ana, banyak bagi semangat dan dorongan. Ana harap para pembaca dapat doakan keselamatan beliau disana jua, selamat peri dan selamat kembali ke negeri kelantan ni kembali.


Seingat ana sdah dekat berapa puluh gunung at Malaysia ni dah beliau daki. Sebut jek gunung mana n disitulah dia berjaya sampai ke pucak. Walaupun kalau nak compare ngan umur beliau yang sekitar 50-an, umur yang 20-30-an pun boleh kalah dengan beliau. Mana taknya, nak nek gunung bukan semudah jangkauan minda, tapi perlukan azam yang tinggi, semangat yang kental dan tidak mudah putus asa. Gunung Everest ialah gunung yg tertingi di dunia. “the highest mountain in the world”.

Macam-macam cerita yg ana dengar dari pengalaman beliau ke sana ke mari. Yang paling ana teruja cerita semasa beliau pergi mendaki di gunung pe ntah dekat indonesia hari tu. (yg pasti gunung itu gunung berapi pendam dan bila-bila masa ia boleh meletuskan lavanya yg panas)… nanti dah ingat aa buh..dahsyat kan?…kata beliau, lebih kurang beberapa hari sahaja lagi hendak sampai ke bahagian lava, cuaca kurang memuaskan, kabus tebal mula memenuhi ruangan langit, angin agak kencang. Tiba-tiba, “weh tolong aku, sahabat beliau kelihatan tergantung-gantung di pada sebiji batu. Suma kalut, ada yg cari port yg sesuai untuk tarik sahabat yg nak jatuh ni. Syukurlah suma selamat, tapi cuaca masih merisaukan. Andai hujan turun, tidak mustahil kesemua mereka akan mati kerana tergelincir. Struktur gunung yang tidak sekata dan curam dah tarik ramai nyawa yang terkorban. Mereka mula menyusun strategi, masing masing mula mencari port yg strategik dan akhirnya mereka solat hajat. Awan tebal semakin memenuhi ruang atas langit namun dirasakan seperti diatas kepala. Mereka berhajat sungguh-sungguh pada Allah semoga dimudahkan perjalanan mereka ke puncak, doa dipanjatkan sepenuh hati agar mereka terselamat dari musibah. Sesudah solat hajat beberapa rakaat, mereka takbir bersama-sama, semakin banyak dan semakin kuat laungan masing-masing, tersa seperti hendak pergi berperang. Suara mereka melaungkan “ALLAHUAKBAR” ibarat kedengaran di hampir setiap lapisan gunung. Dengan izin dan kuasa Allah akhirnya beliau dan rakan-rakan dapat sampi ke puncak. Gelodak lava yg dapat dilihat dari atas dirasakan seperti seiring dengan debaran yg telah mereka harungi. ALLAH ITU MAHA KUASA, hanya pada-Nya tempat kita mengadu dan mohon pengharapan.



ana harap pembaca dapat sama-sama doakan keselamatan beliau sampai ke puncak n kembali semula

terima kasih..datang lagi


inna solati..wa nusuki..


FRIENDS

coretan rinduku

Labels

SMILE

Life's Too Short
Grab a Funny Picture from pYzam.com

Search This Blog