nuffnang gadget

Nuffnang Addsense

Sunday, May 24, 2009

WANITA DAN MUSLIMAH..apakah begini?


Dipetik dari tajuk Sedarlah wahai Muslimah-http://alfaateh06. blogspot. com...


Sungguh aku pelik bila aku buka frienster, my space, facebook, hi5, tagged dan yang sewaktu dengannya. Apa yang membuatkan aku jadi pelik ialah pelbagai pameran gambar oleh para muslimah, yang bertudung atau tak. Setakat ni takdepun satu hukum yang mengharamkan penggunaan frienster, my space, facebook, hi5, tagged dan yang sewaktu dengannya, maka dengan secara tak lansung penggunaannya menjadi harus, tapi ia boleh jadi haram bergantung kepada cara pengunaan kita.
Aku dan sahabat aku dah acap kali hantar post dan mesej kat friendster mengenai para muslimah yang bertudung atau tak bertudung yang sanggup menayangkan wajah mereka kepada sesiapa sahaja yang tak dikenali. Cuba kita ambil satu contoh kalau para muslimah ni ditenung, ditengok, dilihat, dijeling, diperhatikan dan diusha oleh lelaki yang bukan mahram mereka, sudah pasti mereka berasa malu,hatta mereka yang berpakaian seksi pun bila lelaki melihat mereka, mereka pun tak senang duduk jadinya. Tapi kenapa muslimah ni masih tega mempamerkan wajah mereka dalam pelbagai posing sehingga jerawat kat muka mereka pun boleh nampak .
Perkara ni tak terkecuali kepada muslimah biasa jer, muslimah yang mengambil jurusan agama, yang paham hukum hakam pun dengan sewenang-wenangnya mempamerkan wajah mereka dalam frienster, my space, facebook, hi5, tagged dan yang sewaktu dengannya.. Dimanakah hilangnya sikap malu seorang wanita yang bernama muslimah? Pelik bin ajaib sungguh aku dengan perangai mereka yang kurang rasa malu atau bahasa biadapnya tak malu langsung sebab sanggup tunjuk mereka kat sesiapa sahaja. Aku pulak yang tanggu rasa malu.
Tayang muka dah satu hal, pastu gambar pula dalam pelbagai posing, gambar tengah makan pun nak tunjuk, kalau lelaki yang tunjuk tu lain citer tapi perempuan yang bernama muslimah. Adakah para muslimah ni tak tau bahawa musuh Islam ni semakin biadap. Aku nak bagitahu lagi satu perkara, sekarang ni dalam internet dah cukup banyak laman web yang semakin kurang ajar yang telah ‘MEMB*G*LKAN’ gambar para muslimah ni. Muka orang lain badan pulak orang lain. Muka muslimah bertudung tapi badan aku tak tau sape punya, yang pastinya badan tu takde seurat benang pun, yang lagi kurang ajar muslimah tu sedang berz**a dengan saper entah dalam pelbagai aksi. Gambar muslimah yang bertudung tapi pakaian ketat pun ada dalam laman web tu. Tak terkecuali dalam laman web mereka menzoomkan gambar para muslimah (lebih2 lagi yang pakai tudung) kat ‘bahagian atas’, ‘bahagian bawah’ tak terkecuali ‘bahagian belakang’.
Aku post ni bukanlah nak memalukan para muslimah aku cuma nak menegur jer, maybe teguran aku ni kasar atau tak berhikmah, terpulangla korang nak nilai camne. Korang nak percaya ke tak tu terpulang la, tapi gambar tu memang memalukan dan laman web ni memang ada, so aku harap la sesiapa je yang baca post aku ni supaya sampaikan kat para muslimah ni dan kepada para muslimah yang baca post aku ni, tolonglah buangkan ajer gambar korang kat dalam frienster, my space, facebook, hi5, tagged dan yang sewaktu dengannya, kalau tak nak buang tolong jadikan album tu private. Aku harap sangat korang leh wat sampaikan dan sampaikan kepada semua saudara kita seIslam..
WaLLAHu A'lam
TEPUK DADA TANYA IMAN...

minoriti dijijak majoriti


gambar ni diambil di hadapan mata ana sendiri..di salah satu pokok di UDM(KUSZA)..tp tiada pemeliharaan dibuat n akhirnya ia ditutupi pasir n tanah..begitulah ibaratnya manusi..bila iman n agama tidak dijaga..hati kita akan ditutupi hingga tidak nampak ALLAH



Salam kasih sayang kembali buat pembaca…mungkin sejak akhir-akhir ni penulisan ana lebih banyak membawa kepada berkempen tp hakikatnya..bagi ana ia ibarat “qulil haq walau kana murran
( قل الحق و لو كان مرا )” ana tak nak da orang salah tafsir tp apa salahnya kita berfikir dan merenung sejenak.. Kerdilnya kita makhluk yg dicipta dari tanah..(tempat orang pijak) n berasal pula dari air mani..(air yg hina)..jadi apa guna anda “gah” hidup didunia sedangkan kita hanya seorang hamba yg hina..yg amat memerlukan “Khaliq” untuk disembah..sesungguhnya pd-NYa tempat kita kembali..dunia hanya sementara, sekadar pinjaman untuk hambanya melakukan amalan bagi tempat mereka di akhirat nanti..kalu bek amalannya..syurgalah tempatnya..kalu jahat amalannya nerakalah tmptna..nauzubillahi min zalik.. Teringat ana kat ceramah kat masjid k.kangsar td..manusia ada 2 jenis tamak..sama ada: (a) Tamak untuk mencari ilmu bg mendapat keredhaan Allah (b) Tamak mencari harta..selalunya mereka yg tamak mencari harta akan jauh dengan Allah Ada juga disebut tentang peranan si tamak di dlm masyarakat..merekalah yg akan merugikan duit masyarakat dan menghancurkan kepercayaan manusia..mana taknya? Dengan harta..semua boleh buat..undang2 dan kehakiman pun boleh dibeli..tp mereka tak sedar..undang2 Allah lebih dasyat bg seorang Hakim yg zalim di akhirat nanti…lgpun ana da tersentuh pd kata2..orang yg jujur dan amanah akan mudah hilang apabila diberikan harta..jd andai ingin mencari orang yg memegang amanah duit, carilah orang yg berduit..kerana mereka tidak akan terlalai dengan duit amanah ni.setakat mana keyakinan terserah pd kalian.. Tersentuh jg tajuk perbincangan solat mlm ni mengenai “betulkan solat anda”…ramai masyarakat Islam hari ini yg abil remeh hal solat..sedangkan orang yg meninggalkan solat dgn sengaja adalah dosa yg besar..tempat orang yg berdosa hanya satu..NERAKA…tp ramai jugab ila ditegur tentang keemahan dan kekurangannya dalam solat..dibenci dan di hina si penegur..ada sja kata pedih pd seorang yg ingin mengajak pd kebenaran..walau kepada seorang alim ulamak jg mereka tidak segan untuk mengata atau mengeji..apa tak dikeji si pembeli no.ekor? si peminum arak? Apa nak jd dengan umat akhir zaman..orang yg ingikan Islam yg sebenar adalah minoriti walaupun negara Malaysia telah lama diwar2kan..NEGARA ISLAM…kalu dulu dok laung Islam Hadhari, la ni?Islam xda harga diri? Fikirkanlah… Orang kristian di luar sana sentiasa menyuntik nikmat dunia untuk orang Islam agar kita saling bergaduh, berpecah dan akhirnya? Kita akan lebih terseksa dari Palestin jika ini berterusan..cukuplah wahai si tamak.sudah rakus balak di sinii diambil..janganlah di si-siakan keamanan yg dimiliki..serahkan mandat pd pilihan rakyat..baru akan tenang kembali..tiada untung lagi buat si tamak andai anda memerintah dibenci dan dihina rakyat, jangan sampai disaat kematian, tiada yg sanggup mengorek kubur untuk pemerintah yg zalim..ana tak mengata sapa2..maaf andai ada yg terasa..kita UMAT ISLAM..hidup kita untuk beramal pada-NYA bukan untuk kejar nikmat-NYA

Friday, May 22, 2009

Thursday, May 21, 2009

MOH BANGUN BERDOA



teman sekadar nak mengajak seluruh umat Islam Malaysia bangun solat tahajud dan berdoa..moga Islam dan parti yang hakikatnya membawa Islam yg sebenar menang dalam perbicaraan yg dijangkea keputusannya akan keluar esok..
"Ya Allah bantulah umatmu ini.kami lemah dan hina..kami hanya mengharapkan-Mu.. bantulah kami andai agama yang kami bawa ini mengajak kepada mengingati-Mu dan hancurkanlah serta musnahkanlah mereka yang tamakdan zalim.." amin..

perak kini..jadi mainan pendengki 2

ape kabo sume orang2 kuale..teman disini teringin nak mangajak semua..bukan nakberkempen tapi nak mengajak miker berfikir sejenak..
ape nak jadi dengan negeri kiter n..tak terfikir ke miker? meh kita jenguk n tinjau sama-sama..
hari apa ntahla..teman tak braper ingat..saja teman gi tinjo2 ceramah kat kaw. kuala kangsar ni..ish dahsyat..1st time dalam hidup teman tengok batapa ramainya orang yang berbilang bangsa dan agama datang..seronok, kagum, dahsyat..suma ada..kagum teman tengok suma bangsa dan agama bersatu padu menegakkan Islam untuk memerintah..kerana suma manusia kini,intelek dan bermaklumat..maka tak sukar mereka dapat mencari maklumat yg lengkap dan sempurna dalam masa yg singkat..
bak kata penceramah hari itu..para pembohong dan penipu dah tak boleh cari makan dalam dunia celik IT sekarang..
suma dah terbukti..mana taknya?
nak tuduh si penderhaka pun dah terkena batang hidung sendiri..bukan setakat malu tp tak dapat nak nyorok dah lagi..
teman sentiasa berdoa moga miker2 yg masih belum berminat dan tak berminat,banyak2la gi masjid n yg paling rekemen masjid besar Kuala Kangsar..kat sna deme tak berkempen tp mengajak dan mengajar pd Islam yg hakiki..kalu miker tak puas hati ngan kata2 teman ni..tegur dan komenla..kita sma2 berbinang selagi tidak lari dari landasan agama Islam..jika terpesong..teman akan tetap pertahankan..teman tak ajak sapa2 tapi sekadar ajak suma orang bersama untuk memartabatkan agama Allah di muka bumi ni..
hidup ni hanya sementara..sediakan amalan yg sepenuhnya untuk dibawa..

salam kasih sayang dan perjuangan untuk miker semua..

.:HAPPY TEACHER'S DAY:.

what a lovely n special day to all fellow teacher in Malaysia.."happy taecher's day" esp 4 my teacher at my ex-shool..sek.ren.Islam Al-Furqan,sek.ren.Islam Al-Amin Bangi,sek.keb.bt 9,sek.ren.Islam al-hidayah n my secondary school maahad muhammadi perempuan kota bharu..thanks 4 all da lesson that u give,da knowledge n experience will lead me through my life in da true way of Islam...now,i'am a techer....now..i know..how sacrifice being a teacheresp to bring da naughty student in da true way of Islam..

on last monday,18-5-2009, all state of negeri Perak Darul Ridzuan had celebrated teacher's day..n for da 1'st time in my life to sing da song of "Guru Malaysia"..i'll like to share it with u all..b4 that,i really appreciate 4 da experiences i get in dis school..da wishing "happy..happy..techer's day" to all teacher's here.

KAMI GURU MALAYSIA
BERIKRAR DAN BERJANJI
MENDIDIK DAN MEMBIMBING
PUTRA-PUTRI NEGARA KITA

PADA SERI PADUKA
KAMI TUMPAHKAN SETIA
RUKUN NEGARA KITA
PANDUAN HIDUP KAMI SEMUA

DIBIDANG PEMBANGUNANA
KAMI TETAP BERSAMA
MEMBANTU, MEMBINA,
NEGARA YANG TERCINTA

AMANAH YANG DIBERI
KAMI TAK PERSIAKAN
APA YANG KAMI JANJI
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN..

i really love it..it is really meaningful...when i was a techer..although i had been a tuisyen n kidergarten tecer before..

so, 4 all the reader..i hope really appreciate ure teacher..they had sacrifice everything..either money or time to give u knowledge n bring u in right path..
hanya Allah yg bisa membalasnya..
walau nakal macam mana sekalipun kita..jgn sampai ada hati guru kita yg terluka,terguris..andai ada..mohonlah kemaafan n keredaan ilmu yg mereka berikan..
kali ini tidak ana nafikan..GURU>>DIRIMU IBARAT LILIN..
mendidik manusia tidak semudah disangka,sekadar dikerlingan mata..tapi ibarat meletakkan diri di medan peperanagan yang tramat mencabar walaupun fizikal tidak terlua namun hati dan perasaan kian kali terguris..dek peragai dan ragam anak bangsa..akhirnya mampu melahirkan seorang insan yang berguna pada masyarakat dan negara dan yg penting mampu menyumpbang tenaga untuk Islam..

di kesempatan ini..ingin ana mengambl perhatian ibu bapa...jangan harapkan guru di sekolah sahaja yang mengajar anak-anak kerana kasih sayang dari ibu bapa adalah guru terbaik dalam maendidik anak-anak terus cemerlang, gemilang dan terbilang...tapi, k.syg itu bukanlah boleh ditukar dengan harta..mereka masih perlukan perhatian,kelembutan dan teguran kalian..rosaknya seorang anak-anak kerana kurangnya didikan ibu bapa..maka, mudahlah mereka dipengaruhi peleseran di luar sekolah..
sayangilah anak anda anugerah Allah..dan

TERIMA KASIH OH GURUKU..

Tuesday, May 12, 2009

perak kini..jadi mainan pendengki

ana tak bermaksud hendak mengajak atau menganjur mana-mana pihak bergaduh tapi ana galakkan sangat umat ISLAM Malaysia berfikir dan bangkit..cukuplah dengan wang rasuah, judi dan maksiat yang bermaharajalela hari ini dek pemimpin sendiri..disini ana berkenan memetik teks di dalam harakah daily:


"KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).
Iklan

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.

Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat."

HARI IBU..



SELAMAT HARI IBU BUATMU UMMI TERSAYANG

THANKS 4 U UMMI..
DIATAS DIDIKAN DAN BIMBINGAN UMMI DALAM MEMBESARKAN DAN MENDIDIK ANAKMU INI HINGGA MENJADI INSAN YANG BERGUNA DAN TAAT PADA PERINTAH-NYA...MOGA DITEMPATKANMU DI SYURGA FIRDAUSI KELAK N MG UMMI SIHAT-SIHAT SELALU..
SAYANG UMMI...TP HARI IBU BUKAN SEMATA-MATA 10MEI TAPI HARI-HARI DALAM HIDUPKU ADALAH HARI UNTUKMU IBU YANG AKAN KU PENUHI DENGAN KEGEMBIRAAN


namun,ana masih sedih kerana masih ada anak muda hari ini yang tidak mengendahkan ibu bapa mereka. sekarang ni ana sedang kutip pengalaman sambil tunggu UPU, ana kna ganti ustazah pengajian Islam bersalin..seronok..tp ana sedih bila ana selitkan ibu bapa dan menghargai jasa ibu bapa...pelajar2 ni tidak merasa apa2..malahan ana yang diperli...mereka sengaja sebut.."sedihnya crita ustazah..ish3,sedihnya."ana tak rasa nak marah bila mereka jawab begitu tapi ana kesian pada mereka kerana disini kita dapat lihat kurangnya kasih sayang ibu bapa mereka dalam membimbing mereka...mengajar ni bukan senang dan semudah yang disangka.ilmu,kemahiran dan kesabaran yang tinggi perlu dimiliki..
ana kagum dengan ummi dan abi yang dapat membimbing ana dan adik-adik hingga berjaya dan dapat melahirkan pula anak-anak watan yang cemerlang akhlak dan peribadi..ana baru 2minggu disini..pelbagai ragam yg ana dah dapat lihat..tp ana mkin seronok dan makin sayang pada mereka...hakikatnya..mereka perlukan kasih sayang dan perhatian.. apabila mereka tidak kecapi dirumah maka di sekolah, mereka akan berusaha dengan walau apa cara sekalipun untuk mendapatkan perhatian dari kawan2 dan guru..unik kan?tapi inilah hakikat kehidupan...pengalaman bekrja dengan orang yang jauh lebih berpengalaman banyak memberikan input baru pada ana..terima kasih pd PPD PERAK n SMK SAYONG krana sudi menerima ana..ana doakan kejayaan cemerlang untuk anak2 murid ana dalam exm tengah tahun ni..

Monday, May 11, 2009

ish3


“HIDUP INI IBARAT LILIN…BIARLAH KECERIAAN KEPADA ORANG-ORANG YANG KITA KENALI WALAU HATI KITA SENDIRI BERSEDIH. KERIANGAN JANGAN DILOKEK UNTUK DIKONGSI, KEDUKAAN JANGAN SESEKALI DI PAMERKAN…PENDAMLAH DUKA…SIMPANLAH SEDIH…SEMATKAN IA SEBAGAI PANDUAN AGAR ORANG-ORANG DI SEKELILING KITA SENTIASA GEMBIRA DENGAN KEHADIRAN KITA WALAU HAKIKATNYA KITA MENITISKAN AIR MATA KEPILUAN KESEORANGAN…”

ANA KADANG-KADANG PELIK KENAPA 2 ORANG INSAN YANG ZAHIRNYA BERKAWAN RAPAT MASIH BOLEH MENGUTUK DARI BELAKANG? TIADA KAH CINTA SESAMA INSAN YANG SAMA JANTINA INI KERANA-NYA?

HINGGA KE HARI INI ANA TAK JUMPA LAGI SAHABAT YANG MAMPU BERSAMA SUKA DAN DUKA TAPI ANA JUMPA RAMAI SAHABAT YANG BERSAHABAT UNTUK KEPENTINGAN MASING-MASING TERUTAMA DALAM DUNIA UNIVERSITI..BUKAN NAK MENGEJI TAPI NAK MANGINGATKAN MUDA MUDI…SAMPAIKAN ANA LANGSUNG TAK DA SAPA UNTUK MENGADU SEBAB ANA TAK PERCAYAKAN ORANG…EBIH BEK ANA PENDAMKAN DARIPADA KESEDIHAN KITA DICANANG SEBAGAI FITNAH OLEH KAWN-KAWAN YANG TIDAK AMANAH…ANA SELALU BERDOA AGAR DITEMUKAN DENGAN SAHABAT YANG BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA,MENJAGA AMANAH DAN RAHSIA DAN SENTIASA MEMBERIKAN SEMANGAT DAN KEKUATAN WALAU DI SAAT APA PUN..”YA,ALLAH…TERIMALAH DOA HAMBAMU INI”…ANA MUNGKIN SEORANG YANG KURANG BERCERITA TENTANG DIR ATAU ORANG LAIN, JADI MUNGKIN ATAS DASAR ITU RAMAI KAWAN-KAWAN ANA AKAN CARI ANA UNTUK LUAH KEMARAHAN DAN KEBENCIAN DAN KEBURUKAN SAHABATNYA YANG SORANG LAGI DAN ANA HANYA MENDENGAR TAPI HATI ANA NI DAH BOLEH JUDGE SOMETHING..KALAU DENGAN KAWAN BEK DIA BOLEH KUTUK JADI TAK MUSTAHIL UNTUK MEREKA JUA MENGUTUK KITA WALAU SEKECIL MANA PUN SALAH KITA.ANA TAK NAK SIMPULKAN AWAL-AWAL TAPI INILAH HAKIKAT YANG ANA NAMPAK..TIADA LANGSUNG ERTI PERSAHABATAN YANG DIREDHAI ALLAH..AN TAK BERNIAT NAK PERLI SAPA-SAPA TAPI INGATLAH..PEDAM DAN MAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN PERKARA PALING MULIA DAN SUKAR UNTUK MELAKUKANNYA..MUNGKIN KALIAN KATA TAK BOLEH NAK PENDAM NANTI LAGI SEDIH TAPI BAGI ANA TIDAK..KITA ADA SELAYAKNYA TEMPAT MENGADU….ALLAH S.W.T…JADI APA YANG DISUSAHKAN? ORANG LEN YANG TAK RAPAT DENGAN ANA PUN BOLEH SANGGUP DATANG CARI ANA MASA DA MASALAH TAPI ANA? SEDANGKAN ANA BOLEH LEBIH CERIA DAN BAHAGIA DAN MUNGKIN LEBIH LEGA DARI SAHABAT-SAHABAT YANG SUKA MENGADU MASALAH DAN RESAH HATiNYA PADA ORANG…SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI EPERLUAN HAMBA-NYA…YG HAK UNTUK DIMILKI DAN DIHADAPI OLEH HAMBANYA..”YA,ALLAH AKU BERSYUKUR PADA-MU..WALAU TIDAK DIKURNIAKAN TEMAN BERKONGSI SUKA DAN DUKA, GELAK TAWA DAN MASA SUKAR UNTUK BERSAMA NAMUN…AKU BERSYUKUR PADAMU KERNA DENGAN UJIAN INI AKU MAIN KAGUM DENGAN KEKUASAAN-MU,AKIN DEKAT DENGAN KASIH-MUDAN KU MOHON PADA-MU ANDAI INI SAHAJA CARA UNUK AKU DEKAT DENGAN-MU AKU RELA HIDUP BERSEORANGAN KERNA AKU TAHU DIRI-MU SENTIASA DISISIKU”



terima kasih..datang lagi


inna solati..wa nusuki..


FRIENDS

coretan rinduku

Labels

SMILE

Life's Too Short
Grab a Funny Picture from pYzam.com

Search This Blog