nuffnang gadget

Nuffnang Addsense

anybody interested, just click on it to Follow by Email

Saturday, October 10, 2009

TERTiB SURAH


Beberapa minggu yg lalu, sahabat ana dari UMP ada bertanyakan tentang susunan surah...em, ak bwt mcm mana, ilmu fil sutur wa laisa fis sudur..sedih sbb ana tak berani nak jwb terus, takut salaah sampaikan, lg berdosa..maka ana menelaah kembali pe yg ana dah belajar masa iploma dulu..terima kasih ana ucapkan pada sahabat ana yg bertanya, dapat jga ana refresh ilmu..Menurut jumhur ulama.surah di dalam Al-Quran terdiri dari 114 dan surah terpanjang ialah Al-Baqarah yang mengandungi 286 ayat.


1. pendapat pertama


Pendapat ini disokong oleh Abu Ja’afar al-Nahhas dan Abu Bakar Al-Anbari. Mereka berkata :tertib surah dalam dalam Al-Quran adalah melalui penetapan dan taufiqi dari Rasullullah sama spt tertib ayat. Bagind pula diberitahu melalui malaikat Jibril di atas perintah daripada Allah. Maka,semenjak zaman Nabi lagi AlQuran telah tersusun begitu hingga sekarang.

Antara bukti lain:


1.pengumpulan dan mashaf uthmani disusun secara tertib mengikut zaman nabi n tidak ada sorang sahabat yg berselisih mengenainya. Dari situ jelas mrupakan ijma’


2.Rasulullah membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang Baginda.sebagaiman diriwayatkan oleh Abi Ibn Sayibah yang bemaksud : Nabi pernah membaca beberapa Mufassal (surah pendek) dalam satu rakaat.


3. hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Ibn Mas’ud yg berkata maksudnya:

“Surah bani israel al-kahfi, Mariam, Toha dan Al-Anbiya’. Surah2 ini termasuk dalam kategori surah yang diturunkan di Mekah dan mula2 aku pelajari.” Selepas itu Ibn Mas’ud menyebutkan surah2 itu secara berurutan sebagaimana tertibnya susunan yg ada dalam mashaf sekarang.


4. Ulama telah bersepakat engatakan wajib menghormati tertib surah-surah Al-Quran yang telah tersusun dalam mashaf Uthmani kerana penyusunan dana penulisan adalah Ijma’



2. Pendapat kedua


Pendapat ini megatakan tertib surah adalah berpandukan kepada ijihad para sahabat yang bergantung pada ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf2 milik mereka. Pendapat ini didoong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar. Ulamak tersebut berpendapat demikian dengan membawa hujah mereka :


1. Mashaf para sahabat berbeza diantara mereka sebelum Khalifah Uthman Ibn Affan memerintahkan supaya ditulis seragam. Sekiranya tertib surah itu berdasarkan taufiqi, pasti tidah ada perselisihan @perbzaaan mashaf di kalangan para sahabat. Buktinya ialah :


i- Mashaf milik Saidina Ali disusun menurut tertib Nuzul Al-Quran @masa turun.dimulai dengan Surah Al-Alaq, Al-Mudathir, Al-Muzammil, Al-Masad, Al-Takwir dan seterusnya hingga akhir surah makki dan madani.


ii- Masaf milik Ibn Mas’ud yg pertama ditulis adalah Surah Al-Baqarah, Al-Nisa kemudian Ali Imran.


iii- Dalam Mashaf Ubai bin Kaab yang pertama ditulis ialah surah Al-Fatihah,Al-Baqarah, Al-Nisa’ dan kemudian Ali Imran.


2. Sebagaiman hadis yg diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail In Abbas daripada Hibban Ibn Yahya daripada Abu Muhammad Al-Quraisy, beliau berkata :

أمرهم عثمان أن يتابعوا الطوال فجعل سورة الانفال وسورة التوبة في السبع ولم يفصل بينهما ببسم الله الرحمن الرحيم

Terjemahan : Uthman telah memerintah kepada para sahabat supaya menyusun @mentertib surah yang panjang. Kemudian ia menjadikan Surah al-Anfal dan surah al-Taubah di dalam kumpulan “tujuh” dan surah yg ketujuh. Dan ia tidak memisahkan di antara Surah al-Anfal dengan Surah al-Taubah dengan Basmalah.



3. pendapat ketiga

Pendapat ini mengatakan bhw sebahagian drpd tertib surah itu secara taufiqi@penetapan Nabi, sebahagian yg lain berdasarkan ijihad para sahabat. Pendapat ini dinyatakan oleh Ibn Hajar : tertib sebahagian besar surah adalah bersifat taufiqi. Sebagaimana hadis daripada Huzaifah al-Thaqafi katanya :


“ Rasulullah berkata kepada kami : telah datang kepadaku waktu untuk membaca bahagian dari Al-quran, maka aku tidak mahu keluar sebelum selesai membacanya. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah : bagaimanakah kamu ssemua membuat pembahagian Al-Quran? Mereka menjawab : kami membahagikannya menjadi tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan bahagian al mufassal dari qaf hingga tamat.”


Berpandukan dalil tersebut, ibnu Hajar berpendapat : ia menunjukkan tertib surah seperti dalam mashaf sekarang adalah tertib surah zaman nabi.

No comments:

terima kasih..datang lagi


inna solati..wa nusuki..


coretan rinduku

Labels

SMILE

Life's Too Short
Grab a Funny Picture from pYzam.com

Search This Blog

Loading...