nuffnang gadget

Nuffnang Addsense

anybody interested, just click on it to Follow by Email

Sunday, July 28, 2013

JEJAK SEORANG USAHAWAN KAMPUS siri 1

JEJAK SEORANG USAHAWAN KAMPUS siri 1

Sekelip mata sahaja rasanya  qu mengenali seorang anak kecil yang penuh dengan impian yang tinggi dalam dirinya. Saat dia baru masuk ke dunia sekolah rendah di 4 buah sekolah berbeza..dia sudah menyimpan azam hanya ingin menjadi seorang doktor.Darjah satunya di Sek Ren Islam Al-Furqan,Perak ,sambung pula darjah 2 di Sek Ren Bt 9, Cheras, pindah lagi ke Sek Ren Islam Al-Amin Bangi, Selangor dan akhirnya pindah lagi ke ke Sek Rendah Islam Al-Hidayah, Johor. Kehidupan zaman sekolah rendahnya tidaklah terlalu hebat, cuma sebagai seorang Pengawas sekolah yang tidak ada kelebihan. Pernah dia cuba bertanding di dalam Pertandingan Syarahan tetapi akhirnya dia memalukan dirinya sendiri.Dia sendiri tidak sedar apa yg dia merapu. Tahunya, sudah di ketawakan org. Tapi, dia tidak pernah putus asa, maka dia diajak oleh guru untuk menjadi ahli pustakawan, pelumba lari rumah sukan (4x4), penasyid hari Ihtifal dan yang paling tidak dilupakan, dia diberi peluang oleh guru bahasa melayunya untuk menjadi MC semasa hari IHTIFAL secara besar-besaran 
(siap da tv lg untuk org yg duk bwh..hik..hik..tahun 2000)..
akhirnya anak ini menjadi salah seorang yang mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang di SRI Hidayah kerna mendapat 4A upsr dan 9A upsri

dengan keputusan itu sudah cukup membahagiakannya...dia boleh jadi Doktor juga ( fikirnya sendiri..) padahal dunia yg kedepan itu masih belum bisa ditebak/dijangka..

* akhirnya, dari anak kecil yg hanya sukakan nasi ayam, apa yg diminta tidak diberikan ,hanya apa yg perlu diberikan ayah dan ibunya..akhirnya mendidik dia menjadi seperti sekarang..

seterusnya kisah dia lagi sambung ke sekolah menengah di salah sebuah sekolah agama yg tersohor di kelantan. 
Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu


No comments:

terima kasih..datang lagi


inna solati..wa nusuki..


coretan rinduku

Labels

SMILE

Life's Too Short
Grab a Funny Picture from pYzam.com

Search This Blog

Loading...