Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
jom explore
nuffnang gadget
Nuffnang Addsense
Tuesday, May 12, 2009
perak kini..jadi mainan pendengki
"KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).
Iklan
Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.
Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.
"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.
"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.
Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.
Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.
"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.
Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.
Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.
Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.
Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.
Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.
Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.
Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.
Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.
Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.
Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat."
HARI IBU..

SELAMAT HARI IBU BUATMU UMMI TERSAYANG
THANKS 4 U UMMI..
DIATAS DIDIKAN DAN BIMBINGAN UMMI DALAM MEMBESARKAN DAN MENDIDIK ANAKMU INI HINGGA MENJADI INSAN YANG BERGUNA DAN TAAT PADA PERINTAH-NYA...MOGA DITEMPATKANMU DI SYURGA FIRDAUSI KELAK N MG UMMI SIHAT-SIHAT SELALU..
SAYANG UMMI...TP HARI IBU BUKAN SEMATA-MATA 10MEI TAPI HARI-HARI DALAM HIDUPKU ADALAH HARI UNTUKMU IBU YANG AKAN KU PENUHI DENGAN KEGEMBIRAAN
namun,ana masih sedih kerana masih ada anak muda hari ini yang tidak mengendahkan ibu bapa mereka. sekarang ni ana sedang kutip pengalaman sambil tunggu UPU, ana kna ganti ustazah pengajian Islam bersalin..seronok..tp ana sedih bila ana selitkan ibu bapa dan menghargai jasa ibu bapa...pelajar2 ni tidak merasa apa2..malahan ana yang diperli...mereka sengaja sebut.."sedihnya crita ustazah..ish3,sedihnya."ana tak rasa nak marah bila mereka jawab begitu tapi ana kesian pada mereka kerana disini kita dapat lihat kurangnya kasih sayang ibu bapa mereka dalam membimbing mereka...mengajar ni bukan senang dan semudah yang disangka.ilmu,kemahiran dan kesabaran yang tinggi perlu dimiliki..
ana kagum dengan ummi dan abi yang dapat membimbing ana dan adik-adik hingga berjaya dan dapat melahirkan pula anak-anak watan yang cemerlang akhlak dan peribadi..ana baru 2minggu disini..pelbagai ragam yg ana dah dapat lihat..tp ana mkin seronok dan makin sayang pada mereka...hakikatnya..mereka perlukan kasih sayang dan perhatian.. apabila mereka tidak kecapi dirumah maka di sekolah, mereka akan berusaha dengan walau apa cara sekalipun untuk mendapatkan perhatian dari kawan2 dan guru..unik kan?tapi inilah hakikat kehidupan...pengalaman bekrja dengan orang yang jauh lebih berpengalaman banyak memberikan input baru pada ana..terima kasih pd PPD PERAK n SMK SAYONG krana sudi menerima ana..ana doakan kejayaan cemerlang untuk anak2 murid ana dalam exm tengah tahun ni..
Monday, May 11, 2009
ish3
“HIDUP INI IBARAT LILIN…BIARLAH KECERIAAN KEPADA ORANG-ORANG YANG KITA KENALI WALAU HATI KITA SENDIRI BERSEDIH. KERIANGAN JANGAN DILOKEK UNTUK DIKONGSI, KEDUKAAN JANGAN SESEKALI DI PAMERKAN…PENDAMLAH DUKA…SIMPANLAH SEDIH…SEMATKAN IA SEBAGAI PANDUAN AGAR ORANG-ORANG DI SEKELILING KITA SENTIASA GEMBIRA DENGAN KEHADIRAN KITA WALAU HAKIKATNYA KITA MENITISKAN AIR MATA KEPILUAN KESEORANGAN…”
ANA KADANG-KADANG PELIK KENAPA 2 ORANG INSAN YANG ZAHIRNYA BERKAWAN RAPAT MASIH BOLEH MENGUTUK DARI BELAKANG? TIADA KAH CINTA SESAMA INSAN YANG SAMA JANTINA INI KERANA-NYA?
HINGGA KE HARI INI ANA TAK JUMPA LAGI SAHABAT YANG MAMPU BERSAMA SUKA DAN DUKA TAPI ANA JUMPA RAMAI SAHABAT YANG BERSAHABAT UNTUK KEPENTINGAN MASING-MASING TERUTAMA DALAM DUNIA UNIVERSITI..BUKAN NAK MENGEJI TAPI NAK MANGINGATKAN MUDA MUDI…SAMPAIKAN ANA LANGSUNG TAK DA SAPA UNTUK MENGADU SEBAB ANA TAK PERCAYAKAN ORANG…EBIH BEK ANA PENDAMKAN DARIPADA KESEDIHAN KITA DICANANG SEBAGAI FITNAH OLEH KAWN-KAWAN YANG TIDAK AMANAH…ANA SELALU BERDOA AGAR DITEMUKAN DENGAN SAHABAT YANG BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA,MENJAGA AMANAH DAN RAHSIA DAN SENTIASA MEMBERIKAN SEMANGAT DAN KEKUATAN WALAU DI SAAT APA PUN..”YA,ALLAH…TERIMALAH DOA HAMBAMU INI”…ANA MUNGKIN SEORANG YANG KURANG BERCERITA TENTANG DIR ATAU ORANG LAIN, JADI MUNGKIN ATAS DASAR ITU RAMAI KAWAN-KAWAN ANA AKAN CARI ANA UNTUK LUAH KEMARAHAN DAN KEBENCIAN DAN KEBURUKAN SAHABATNYA YANG SORANG LAGI DAN ANA HANYA MENDENGAR TAPI HATI ANA NI DAH BOLEH JUDGE SOMETHING..KALAU DENGAN KAWAN BEK DIA BOLEH KUTUK JADI TAK MUSTAHIL UNTUK MEREKA JUA MENGUTUK KITA WALAU SEKECIL MANA PUN SALAH KITA.ANA TAK NAK SIMPULKAN AWAL-AWAL TAPI INILAH HAKIKAT YANG ANA NAMPAK..TIADA LANGSUNG ERTI PERSAHABATAN YANG DIREDHAI ALLAH..AN TAK BERNIAT NAK PERLI SAPA-SAPA TAPI INGATLAH..PEDAM DAN MAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN PERKARA PALING MULIA DAN SUKAR UNTUK MELAKUKANNYA..MUNGKIN KALIAN KATA TAK BOLEH NAK PENDAM NANTI LAGI SEDIH TAPI BAGI ANA TIDAK..KITA ADA SELAYAKNYA TEMPAT MENGADU….ALLAH S.W.T…JADI APA YANG DISUSAHKAN? ORANG LEN YANG TAK RAPAT DENGAN ANA PUN BOLEH SANGGUP DATANG CARI ANA MASA DA MASALAH TAPI ANA? SEDANGKAN ANA BOLEH LEBIH CERIA DAN BAHAGIA DAN MUNGKIN LEBIH LEGA DARI SAHABAT-SAHABAT YANG SUKA MENGADU MASALAH DAN RESAH HATiNYA PADA ORANG…SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI EPERLUAN HAMBA-NYA…YG HAK UNTUK DIMILKI DAN DIHADAPI OLEH HAMBANYA..”YA,ALLAH AKU BERSYUKUR PADA-MU..WALAU TIDAK DIKURNIAKAN TEMAN BERKONGSI SUKA DAN DUKA, GELAK TAWA DAN MASA SUKAR UNTUK BERSAMA NAMUN…AKU BERSYUKUR PADAMU KERNA DENGAN UJIAN INI AKU MAIN KAGUM DENGAN KEKUASAAN-MU,AKIN DEKAT DENGAN KASIH-MUDAN KU MOHON PADA-MU ANDAI INI SAHAJA CARA UNUK AKU DEKAT DENGAN-MU AKU RELA HIDUP BERSEORANGAN KERNA AKU TAHU DIRI-MU SENTIASA DISISIKU”

Sunday, April 12, 2009
KEAJAIBAN AYAT 33
maafkan ana xsempat2 nak update blog...
sibuk sgt dengan tesis..n next week dah final...sebelm pe2..ana nak ucap selamat berjaya pada semua pembaca esp yg ambik final n exam...
ana cuma nak berkongsi sedikit sebanyak..
kalau antum suma malas n payah nak ngaji quran dalam masa sehari, jadi ana cadangkan antum semua amalkan baca matsurat...ganjarannya besar sangat...
bila kawn-kawan dah amalkan n dah sebati baru dapat rasa...
tapi, kat sni ana da ikhtiar lain untuk antum suma lindungi diri dengann ayat-ayat Al-Quran...
ayatnya hanya 33 ayat dari pelbagai surah...tp syaratnya antum suma kena yakin untuk amalkan..
kalau tak yakin...org yang rajin pun bleh gagal...ke gane?
ana nak berkongsi skit crita yg ayat 33 yg dialami...tp org len yg dah amal sgt2..lg dahsyat crita diorang...
em,da satu petang..masa tu umi ana nak pergi ambik adik dr sekolah...umi drive slow dah tapi sampai dekat satu simpang empat,asalnya tak da org melintas...tiba-tiba muncul budak sekolah perempuan melintas nek motor...pe lagi?umi dengan sepantas kilat menekan peddal minyak sehabis kuat..sampai tercabut bung-bunga tayar...dahsyat bunyi geseran..selamat tapi yg tak selamatnya..kereta dai belakang meluru dengan laju..umi dah dapat agak..tgk dari klauan..memang kemek kereta, silap-silap nyawa dalam bahaya.tapi mulutumi tak pernah dari amal ayat 33 yg ustaz halim ajar dalam bukunya..masa 2 terkena pada ayat
..وما هم بضارين به من احد إلا بإذن الله.....sesudah umi baca ayat tu..BUMMM....dentuman kuat terdengar..tapi Alhamdulillh... kerete umi xda bengkok atau tercalar walau sedikitpun sedangkan kereta org belakang...boleh thn kemeknya...
ni crita ke-2 pulak...masa ni ana nak balik rumah, hari jumaat van payah nak ada masa pagi...jadi ana berjalan ke pintu pagar udm pukul 8 lagi..bas ana dr mpkt pukul 10..ana tungu n gelisah..xda satu bas pun yang melalui anak mata...kalau ada pun mungkin bas express atau persiaran..jam dah menghampiri..dhla bandar KT tu bukan dekat..perlukan masa utk sampai...ana gelisah n tak tahu nak bwt pe..last2..teringat kt ayt 33...ana tawakal je...jam pun dah menunjukkan 9.20pg...elok2 ana habis baca n raup saja muka..tup...van putih berhenti n dia kata memang nak ambik orang gi bandar..mungkin antum fikir ni kebetulan..tp..ana yakin..ini kehendak-NYA
Tuesday, April 7, 2009
fuh...dahsyat..
namun apakan daya...test n quiz banyak sangat..
hari ni masyarakat malaysia digemparkan dengan pengundian 3 tempat yg menjadi berita hangat..
bukit gantang..bukit selambau...n batang pe ntah..da yg nak tlg sambung?
ana cuma mampu mendoakan kejayaan u parti yg mengajak pd Islam yg hakiki...
berani kerana benar...walau apa pun teknan yg dihadapi..ana ttap kagum ngn Ir Nizar...tabik spring laa..kalu dah india n cina blh kagum n hormat...apatah lg kita sesama melayu
Saturday, March 28, 2009
versi 1: SURAH AN-NUR

aslalamualaik...erm...dah sem akhir rupanya ana...
sem ni ana kena hafal surah An-Nur...fuh, surah ni dahsyat...amat menkagumkan...best..
i2lah mukjizat Al-Quran..baru 1 surah je ana kaji betul2...berapa ramai orang Islam hari ni yang ada Al-Quran tapi tak baca, baca tapi tak faham?erm...dahsyat kan...jadi mcm mana nak hayati Al-Quran n dari penghayatan baru kita akan timbul kagum n sayang pada Al-Quran...
ana terdetik kata2 ustz Ismail kamus....mana lagi bek?Quran yang mahal2 dalam almari atau Al-Quran yang murah2 tp dibaca..ingatlah...tengok Al-Quran pun dapat pahala..baca 1 huruf dapat 10 kebajikan...jd?atas kita sama ada nak@xnak...
banyak bhgian tasfsiran...n hari ni u ayat awl...
1-Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
2-Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
3- Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
4- Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
5- Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
bacalah...cuba kita tgk...dari awl2 lagi dah tersurat hukum hudud bagi penzina...betapa kejinya penzina dan betapa beratnya balasan...tapi kenapa Malaysia xnak buat? itu yang menjadi tanda tanya u ana...bila dilaksana hukum Allah maka hikmahnya sgt besar...cuba kita fikir kalau sorang berani nak berzina...dia dihukum hudud...maka, ini akan menggerunkan orang lain untuk melakukannya...dioarang akan cuba elak diri dr terlibat ngan hal zina ni...tp skrg?
hukum kita..hukum kafir...sebab pe ana hukumkan gni?
sebab xda pun dalam Al-Quran dan Hadis...ijma' n nak qias pun terpesong...
sedangkan Islam tertegak pada angka dan fakta yg tercatat didalam Al-Quran..
salahkah ana?di arab saudi boleh laksanakan...napa tidak kita jua yg tak henti war2kan kita ni negara ISLAM...ana teringt masa Ustz Hadi da kata nak laksanakan hudud kat trengganu..kadar peratus jenayah...turun mendadak..tak caya?kajilah..n u"ll get da proof...
HUKUMAN...
1-penzina muhsan(dah kawin)-direjam sampai mati
2-penzina ghairu muhsan(blm kawin)-disebat 100kali...n dibuang negeri(jumhur)
tapi dakhilaf ulama mazhab tntg buang negeri....(Imam abu hanifah kata..hal buang negeri ni terpulang padaImam kawasan tersebut)
Friday, March 27, 2009
apa alasannya?

"Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan."
ana bukan nak berkempen atau nak mengutuk...tp dimanakanh hak demokrasi disini...sedangkan suara rakyat terang2 ditolak dan dicanang...hanya kerna si ketua yang berpaling arah,habis anak buah turut dipaksa mengikut kuasa mereka?
sekarang isu suara rakyat nak hasil idea,pendapat dan kehendak pula disekat...pe kejadahnya nie..
aduhai negara ku tercinta...pe nak jadi ini...
kalau ada dua2...kita boleh bezakan yang hak dan yg batil...ana tak kata suma dlm ni betul n dalam 2 salah...tapi biarlah rakyat yg memilih kalian diberi peluang menyatakan keinginan dan pendapat masing2...sedangkan Rasullullah sbg pemimpin Agung...kekasih Allah sedia menerima teguran sahabat2 inikan kita...marilah kita baiki diri dari kesilapan dulu..ana cuma mampu doakan keamanan untuk negara kita...kiamat dah dekat...inilah antara tanda2nya...
terima kasih..datang lagi
inna solati..wa nusuki..
JUZ TO SAY
FRIENDSHIP
FRIENDS
coretan rinduku
Labels
- CINTA (3)
- EIDUL FITRI (1)
- end of year (1)
- family (3)
- holiday (1)
- myself (3)
- NASIHAT (6)
- opinion (1)
- POLITIC (1)
- RAMADHAN KAREEM (2)
- SUCCESS (3)
- SUPPORT (1)
- WORK (2)