nuffnang gadget

Nuffnang Addsense

Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

..TERIMA KASIH ABI...



Warkah penulisan ini mengubah sedikit cara pnyampaian ana..

sengaja ana teringin menyentuh hati yang kagum dan bersyukur dengan kehadiran seorang insan bergelar abi. abi didefinisi sebagai bapa@ayah dalam bahasa melayu..
 Hj Ahmad Shukri b Hj Othman insan yang memang kukagumi dan betapa ana hargai kehadiranmu abi. Terimbas pelbagai kenangan indah bersama mu dan pengorbanan seorang bapa. Kasih mu abi tiada tandingan, kasih mu umi membawa ke syurga..syurgaku hanya dengan berkat doa dan didikan kalian..terima kasih umi abi.

SELAMAT HARI BAPA.
ku ukir kata buat insan yang bergelar abi. namun bagiku, hari bapa bukanlah sehari, tapi berhari-hari..
kalau dikirakan..dari 2004 hingga kini..dah 6 tahun abi berulang alik dari perka ke Kelantan..
tapi, apakan daya..kuasa perukaran seorang guru bukanlah terletak ditangan sendiri..sumanya hak KPM..itulah pengorbanan seorng guru..bahkan andai disingkap, pengorbanan seorng guru memang tiada bandingnya..pengorbanan mereka dalam memndidik dan membimbing untuk melihat kejayaan anak murid. kadang-kadang boleh ku tafsirkan, lebih guru dari murid. begitulah tugasan umi n abi ku..meniti hari yang berlalu dengan tabah, abi masih tabah menunggu...saat pertkaran yang entah bila akan diluluskan..agaknya kena tgu pencen kot..dahla berulang alik berseorangan setiap minggu, masalah kesihatan abi juga, amat merisaukan. mengharapkan pada ubat selalu, lelah yang datang tanpa mengira masa..aku begitu risau. Namun, pengorbanan seorang bapa memang tida bandingnya. Kesabaran abi dalam mendidik yong and adik2 memang tiada bandingnya. nak harapkan tinggi suara pun tidak, apatah lagi memukul dan rotan. abi memang cukup penyayang. teringat juga kisah kenakalanku semasa di zaman sekolah, ku pulang ke rumah terus selepas selesai PMR, esoknya guru di sekolah menghubungi, rupanya masih ada oral@ujian lisan yang masih belum diselesaikan..aduh, kena balik sorang. abi risaukan anak perempuannya pulang berseorangan, terpaksalah abi memohon cuti utk mengahntar aku, terpaksalah beli tiket pergi balik utk abi..sudahlah nak mask sekolah, dimarahi guard kerana datang pada awal pg, marahnya kerana mengganggu tidurnya yg lena. Masuk sahaja aku di pintu asrama sekolah, abi dikehendaki pulang,kemanakah haluan abi seawal jam 3pg, aku tidak tahu..ini suma salah aku.esoknya kuhubungi rumah, umi mengangkat gagang..rupanya abi lelah di perjalanan.
mungkin cukup sekadar perkongsian disini, andai disuruh menulis, takut tertukar dengan novel pulak.tp itulah hakikat, kasih dan pengorbanan ibu dan bapa kita memang tiada tandingan, kadang2 ada yang agak garang, kadang2 ada yang pendiam, kadang2 ada yg pandai melawak..tp walau sp pun dia..dia adalah seorang ayah yang tiada tukar ganti.walau apa pun reaksi ayah@abi@bapa..ia tetap bermakna..HE LOVES US..
Flower Pictures
maaf andai penulisan ini agak pelik..bukan berniat ingin berkongsi pengalaman yang entah apa, tp sekadar mengingatkan..bukan semua diantara kita masih berpeluang merasa kasih dan sayang seorang bapa..malah ada yang kini memegang peranan menggantikan bapa yang telah pulang ke Rahatullah..tiada siapa akan menyangka..ajal kan sampai bila..hargailah ibu dan bapa kita..selagi mereka masih bersama..JANGAN LUPA DOAKAN mereka...umi n abi..ibu n bapa..itu sahaja akan menyelamatkan dan memberikan bahagia pd mereka sama ada di dunia@akhirat. doa anak yang soleh penghubung bahagia..

sahabat sekalian..lihatlah hadis nie..
Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".


(Hadis Riwayat at-Tirmizi).

namun begitu, ana masih ada isu yang ingin dikongsi..maklumat ini ana ambil dari garis panduan menyambut hari bapa rujukan dari mufti selangor..maka, perlukah ada hari bapa sedangkan pada dasarnya, kisah sambutan utk hari2 tertentu adalah berkisar ada kisah2 tertentu..fikirkanlah..namun bg ana, tak salah utk kita meraikan ibu bapa kita, namun tak perlu diniatkan pada hari2 tertentu..hari bapa ialah hari kita memberikan kebahagiaan dan membantu mereka..maka dalam urusan membahagiakan dan membantu..perlukah ada masa2 tertentu? so?
Most Beautiful Pictures - close-up of a  child
ni article yg ana copy..


Hari Bapa.
Sambutan hari bapa bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil.
Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri.
Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.

Tarikh yang diakui secara rasmi di berlainan negara.
Ahad ketiga bulan Jun
Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus,
Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.
23 Jun
Nicaragua, Poland, Uganda.
30 Julai
Vietnam.
Ahad ketiga bulan Julai
Uruguay.
Ahad terakhir bulan Julai
Republik Dominican.
23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran)
Iran.
Ahad kedua bulan Ogos
Brazil.
8 Ogos
Taiwan.
Ahad pertama bulan September
Australia, New Zealand.
Ahad kedua bulan November
Estonia, Finland, Norway, Sweden.
5 Disember
Thailand.
23 Februari
Belarus, Rusia, Ukraine.
19 Mac
Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol.
5 Mei
Romania.
8 Mei
Korea Selatan.
Hari Ascension
Jerman.
Ahad pertama bulan Jun
Lithuania.
5 Jun (Hari Perlembagaan)
Denmark.
Ahad kedua bulan Jun
Austria, Belgium, Ecuador.
17 Jun
El Salvador, Guatemala.
Most Beautiful Pictures 10 - image of a northern mockingbird
 akhir kalam bicara,
Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya : " Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. "
Sunan al-Nasai'

semoga abi panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..

Tuesday, December 22, 2009

lelaki n wanita berbeza..


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnyadosa- dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "


Saturday, August 29, 2009

cinta itu rahmat orang bertaqwa


bulan puasa pun, bercouple tak leh tinggal kan?
Sajak ni ana reka buat sahabat2..andai boleh menjadi panduan..InsyaAllah..


CINTA ITU RAHMAT BILA BERTAKWA

Manusia itu lemah dan jahil,
Hanya ilmu dan iman pembimbing,
Namun kadang-kadang kita alpa…
khayal dengan indah dunia,
Sirna dek bahagia sementara…
Hakikatnya, kita tidak sedar…
hidup ini hanya sementara…
kebahagiaan ini sekelumit cuma,
andai diikutkan kehendak hati,
ingin bersama tiada perantara tapi bila bersandar Iman,
Allah sahaja yang berhak menghubung dua jiwa,
Kita mungkin dah ditemukan, mungkin dipisahkan..
Tapi, kenapa harapanku masih utuh menantimu? Aku tiada jawapan..
Lagi difikir, lagi resah, lagi diharap, lagi gelisah, apakah kau milikku@aku milikmu?
Akhirnya aku berbalik padaNYA..ku sujud sayu,
Air mataku mengalir deras...YA ALLAH…aku alpa rupanya,
hanya DIKAU cintaku…
Yang memahami gelisah dan rindu hati ini,
Sentiasa setia disisi mengubat rindu di hati,
Memenuhi dengan kasih sayang di lubuk hati,
Dan untukmu insan dan makhluk..
Kini hanya satu kalimah tidak pernah ku lupa buatmu
Moga dikau bahagia di atas landasan tarbiahNYA jua..
andai aku bukan teman mu didunia..
Biarlah aku salah seorang bidadarimu di Syurga...

Teringin juga ana ingin berkongsi sedikit ilmu yg ana ambil dari buku Ustaz Hasrizal
“ bercinta sampai ke syurga”

"...wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa atau cinta buta yang terpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya mereka abadi di alam sana..”

(lihatlah ayat dalam Surah Al-Dzukhruf :68-70)

terima kasih..datang lagi


inna solati..wa nusuki..


FRIENDS

coretan rinduku

Labels

SMILE

Life's Too Short
Grab a Funny Picture from pYzam.com

Search This Blog